Wednesday, April 25, 2012

Legoland pertama Asia dibuka 15 September


NUSAJAYA: Legoland pertama Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September depan.

Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst, berkata taman tema berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia, Johor itu kini sudah 75 peratus siap.
Beliau berkata, bulan lepas, kontraktornya memulakan kerja-kerja memberi tema kepada taman itu, dan bulan depan mereka akan mula memasang 50 juta kepingan lego dan model.
"Saya gembira mengumumksn bahawa hasil daripada usaha keras semua kontraktor kami, kami akan membuka taman itu beberapa bulan lebih awal daripada dijadualkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Legoland Malaysia di sini adalah taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia.

Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu 'Lego kingdom', 'imagination', 'land of adventure', 'lego technic', 'the beginning', 'lego city' dan 'miniland', direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.

Boerst berkata lebih 35,000 pas tahunan telah dijual dan 60 peratus daripada pembelinya adalah warga Malaysia. Pas tahunan berharga RM195 bagi orang dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak itu sah hingga akhir 2013.
"Tiket harian taman ini akan mula dijual dalam talian dalam bulan ini dengan harga tawaran pengenalan khas sebanyak RM96 bagi orang dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak.

Legoland Malaysia menjangka dapat menarik sejuta pengunjung dalam tahun pertama ia beroperasi.

Tiket-tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang AirAsia RedTix dan Legoland Malaysia.

Boerst berkata Legoland Malaysia sedang berunding dengan pengusaha tempatan untuk menyediakan pakej bagi pelawat dari Lembah Klang.

"Kami berharap dapat menyediakan lebih banyak pengangkutan bagi pengunjung kami di sini dan rancangan telah dibuat untuk mengadakan laluan baru dengan pihak berkuasa tempatan agar bas sampai di sini," katanya.

Mengenai penginapan, beliau berkata Merlin Entertainments Group telah menandatangani perjanjian pengurusan dengan LL Themed Hotel Sdn Bhd untuk membangunkan dan membina Hotel Legoland. Hotel Legoland dijangka siap pada 2014.

Sementara itu, Legoland Malaysia juga sedang berunding dengan pengusaha hotel di Johor untuk menyediakan bas perantara dari hotel ke taman.

"Kami sedang berbincang dengan pemilik hotel dan kami harap mereka boleh bekerjasama dengan kami," katanya.

Legoland Malaysia akan menampilkan lebih 40 tunggangan interaktif, pertunjukan dan pelbagai tarikan apabila ia dibuka kelak.

Taman-taman tema Legoland lain di seluruh dunia ialah di Denmark, United Kingdom, Jerman, Florida dan California, di Amerika Syarikat.

Ini adalah taman kedua selepas taman Legoland Billund, Denmark, untuk menempatkan Menara Cerap di mana pengunjung dijulang naik ke ketinggian 41 meter untuk menyaksikan pandangan keseluruhan taman tema itu sambil menara itu berputar untuk melengkapkan satu pusingan dalam tempoh 50 saat.

Dipetik dari Berita Harian 25/4/12

Friday, April 20, 2012

Hutan Lipur Gunung Pulai, Johor



Gunung Pulai yang mempunyai ketinggian 2147 kaki ini terletak dalam Daerah Pontian, Johor.


Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang tiada trek hutan untuk ke puncaknya. 

 Di puncak gunung tersebut terdapat Menara Pemancar Telekomunikasi yang dikawal ketat oleh angkatan tentera Malaysia. Memandangkan terdapatnya alat pemancar telekomunikasi dan penyiaran diatas gunung tersebut  maka sebatang jalan berturap yang agak sempit disediakan untuk ke puncak gunung tersebut. Oleh yang demikian untuk mendaki Gunung Pulai pengunjung hanya perlu mengikut jalan yang disediakan itu dan tidak perlu bersusah payah menebas semak dan samun. Terdapat dua jalan untuk pergi ke Gunung Pulai. Anda boleh melalui pesimpangan berhampiran Tol Kulai atau anda juga boleh melalui Pekan Nenas ,Pontian.

Di Hutan Lipur Gunung Pulai ini terdapat 4 tingkat air terjun.

 Air tejun yang ketiga adalah air terjun yang paling tinggi iaitu setinggi lebih 150 kaki. Untuk ke puncak gunung, pendaki boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan di pertengahan gunung tersebut berhampiran air terjun.

 Dari sini pendaki boleh mendaki melalui jalan tar ke puncak sejauh 3 km yang mengambil masa antara 1 setengah jam hingga 2 jam.

 Anda akan sampai di satu kawasan viewpoint pada aras 1800 kaki. Jika cuaca baik pada masa tersebut, anda akan dapat melihat Selat Melaka dan Pulau Pisang berhampiran Bandar Pontian Kecil. Pendaki tidak dibenarkan masuk di puncak sebenar kerana di kawal oleh tentera.


Sekian sahaja cerita saya untuk kali ini, semuga bertemu lagi di lain masa dengan cerita yang baru  insyaallah ..

Saturday, April 14, 2012

Telok Sengat, Kota Tinggi, Johor


Pekan Telok Sengat terletak 40 km dari Kota Tinggi. Ia merupakan sebuah pekan yang kecil dan dikelilingi kampung rangkaian.  Kampung Belading, Kampung Belading Baru, Kampung Hilir dan Ladang Telok Sengat adalah kawasan penempatan bagi penduduk Telok Sengat.



Untuk makluman pembaca Telok Sengat dahulunya merupakan sebuah pusat pemerintahan negeri Johor pada zaman dahulu. Oleh itu terdapat bermacam-macam kesan sejarah dizaman purbakala disini.
Terdapat Makam Lama di kampung Belading Baru dan anda juga boleh melihat bahan-bahan sejarah tersebut di Muzium Johor Lama di Kampong Johor Lama yang hanya 3 km dari Pekan Telok Sengat.
 



Pekan Telok Sengat yang terletak di tepian muara Sungai Johor ini mempunyai pelbagai tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi. Anda akan dapat melihat pemandangan yang indah disini jika anda berdiri di penghujung jeti Telok Sengat. Disamping itu anda boleh menjamu selera di  gerai makan yang disediakan berhampiran jeti tersebut.  Dari pekan ini anda boleh melihat keindahan jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang berdiri megah merentasi muara sungai  Johor yang besar ini.



Taman Buaya pula terletak di Kampung Belading, tidak sampai 1 km dari Telok Sengat. Disini terdapat lebih seribu ekor buaya dari pelbagai jenis.  Bayaran untuk masuk kesini adalah RM8.00 bagi orang dewasa , manakala bagi kanak-kanak hanya RM4.00.











Rugi rasanya jika anda sudah sampai kesini tetapi tidak berkunjung ke Kampung Tradisional Tanjung Buai. Tanjung Buai merupakan sebuah kampung tradisional nelayan.



Untuk kesana anda perlu melalui jalan berturap yang agak kecil sepanjang 10km dari Telok Sengat. Dikampung ini terdapat banyak kelong yang dibina untuk disewakan kepada kaki pancing. 



Kelong tersebut lengkap dengan bilik tidur dan juga dapur. Seronok jika memancing disini. Antara Kelong yang terkenal disini adalah Kelong Jojo..

Datanglah ke Teluk Sengat sekali sekali untuk mencari kedamaian bersama keluarga..

Itu sahaja cerita saya kali ini semuga berjumpa lagi di lain masa..





Tuesday, April 10, 2012

TELUK MAHKOTA, TANJUNG SEDILI.



Teluk Mahkota atau dikenali juga sebagai Jason Bay adalah sebuah teluk yang kurang terkenal di pantai timur negeri Johor, di Semenanjung Malaysia .

 

Ia juga berhadapan dengan Laut China Selatan dan mempunyai lebar kira-kira 12km. Teluk itu terletak kira-kira 28km dari bandar Kota Tinggi.


Lokasi tepatnya adalah di penghujung muara Sungai Sedili Besar, diapit oleh kampung Tanjung Sedili Kecil dan utaranya kampung Sedili Besar.

Di zaman penjajah Teluk Mahkota ini dikenali sebagai Jason Bay , tetapi kemudiannya ditukar kepada Teluk Mahkota.


  
Jika anda berkunjung ke Kota Tinggi, singgahlah di pantai Teluk Mahkota. Biarpun pantai ini agak kurang pengunjungnya namun masih menarik untuk anda sekeluarga bersantai.


Pantainya yang luas serta angin yang sentiasa bertiup sepoi-sepoi bahasa beriramakan deruan ombak yang menghempas ke pantai menjadikan pantai ini cukup ideal untuk berkelah dan bersantai. Suasananya yang damai tentu dapat menenangkan fikiran setiap pengunjung yang datang kesini. 



Terdapat chalet dengan harga yang berpatutan dan kedai makan juga ada disediakan untuk kemudahan para pengunjung yang ingin bermalam dan menjamu selera.

Antara resort yang di kenali ramai disini adalah Mutiara Motor Resort dan Tanjung Sutera Resort.


DIANTARA DESTINASI MENARIK DI NEGERI JOHOR



Disini saya sertakan senarai destinasi-destinasi yang menarik di negeri Johor untuk rujukan  pembaca. Sila klik pautan untuk keterangan lanjut.

  • Air Papan (pantai), Mersing
  • Ayer Hitam – Bandar Persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke KL atau sebaliknya. Selain makanan ia terkenal kerana seramik. Aw Pottery terletak di sini.
  • Batu Layar- Pantai tempat bermandi manda.
    • Crocodile World, Teluk Sengat, Desaru – Terletak 20 minit perjalanan dari Kota Tinggi, antara tarikan pelancong ke Desaru.
    • Desaru – Pantai peranginan
    • Taman Negara Endau-Rompin – terletak berdekan pekan Endau dan bersempadan dengan daerah Rompin di Pahang.
    • Gunung Arong – Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Mersing.
    • Gunung Belumut – Hutan rekreasi Gunung Berlumut antara tempat menarik di Kluang
    • Gunung Lambak – Juga dalam daerah Kluang terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kluang. Penginapan dikenali sebagai Gunung Lambak Eco Resort terdapat di sini.
    • Gunung Ledang – Gunung yang kaya dengan kisah misteri seperti nenek kebayan terletak berdekatan Tangkak dan Sagil dan bersempadan dengan Melaka. Juga dikenali sebagai Mount Ophir.
    • Gunung Panti – Terletak tidak jauh dari Kampung Lukut ia berketinggian 1498 kaki.
    • Gunung Pulai – Setinggi 2147 kaki terletak dalam daerah Pontian.
      • Kahang Organic Rice Eco Farm – Satu-satunya tempat penanaman padi yang diiktiraf organik di Malaysia
      • Kelip-kelip di Kota Tinggi
      • Legoland - Mula dibuka pada tahun 2012, terletak di Nusajaya. Ia merupakan tempat permainan dan hiburan bertemakan lego
        • Kukup – kawasan perikanan di daerah Pontian
        • Kolam Air Panas Labis
        • Mersing
        • Orchid Valley di Jalan Pontian-Kukup.
        • Parit Jawa – antara pekan utama di daerah Muar. Terkenal dengan makanan laut segar.
        • Pantai Penyabong di Endau
        • Ladang Nanas di Pontian
        • Pulau Aur, Mersing
        • Pulau Babi Besar, Mersing
        • Pulau Kukup, Pontian
        • Pulau Pemanggil, Mersing
        • Pulau Rawa, Mersing
        • Pulau Sibu – Untuk kesini melalu jeti Tanjong Leman. Terkenal dengan aktiviti skuba diving
        • Pulau Tinggi – Juga dari Tanjung Leman (dalam daerah Mersing, 72 kilometer ke selatan pekan Mersing)
        • Pulau Tioman – Antara pulau popular di Malaysia, terdapat sebuah lapangan terbang domestik di sini.
        •  Tanjung Balau- Pantai tempat bermandi dan berkelah, terdapat juga Muzium Nelayan disini.
          • Teluk Mahkota – juga dikenali sebagai Jason Bay terletak di Sedili kira-kira 28 kilometer dari pekan Kota Tinggi.
          • Tanjung Piai – Kawasan paling selatan di Asia, disini letaknya Taman Negara Tanjung Piai (hutan paya bakau)
            • ZenXin Organic Park – Jalan Batu Pahat, Kluang Johor.
            • Air Terjun Sungai Bekok- Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok.                                                                                                                                    
            • Wet World Batu Pahat - Merupakan tempat riadah bertemakan air. Teletak di Bukit Pasir Batu Pahat,    


              Jika anda ada destinasi menarik yang masih belum tersenarai disini sila tuliskan di ruangan komen di bawah.. TERIMA KASIH.

                Tuesday, April 3, 2012

                Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Timur (EDL) kini telah di buka.


                Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor Baharu, Johor telah pun mula dibuka kepada lalu lintas pada tengah malam 1 April 2012.

                Lebuhraya ini bermula di persimpangan bertingkat di Jalan Pandan (berhampiran pasar borong) melalui Kampung Bakar Batu, Stulang Darat  dan keluar di  bangunan CIQ.



                Dengan adanya Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Timur (EDL) ini  maka masa perjalanan dapat di pendekkan.

                Lebuh raya sepanjang 8.1 kilometer itu juga menyediakan akses secara terus dari Lebuh Raya Utara Selatan ke bangunan tersebut, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

                Tiada bayaran dikenakan kepada pengguna EDL buat masa ini.

                Pembukaan EDL itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Pandan dan Jalan Tebrau.

                Asam Pedas Muar..



                Di Negeri Johor memang sangat terkenal dengan masakan asam pedas, so hari ni saya nak share kan dengan anda dan semua pembaca terutama warga Johor amnya tentang resepi masakan asam pedas Johor atau asam pedas Muar ni..

                Antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah..

                Ikan, ayam atau daging = bergantung pada kuantiti yang anda mahu. jika anda nak masak ikan asam pedas seperti ikan pari atau ikan mayung, ikan tersebut hendaklah diperap dengan kunyit supaya dapat menghilangkan bau hanyir.
                p/s- Lebih sedap jika anda menggunakan ikan yang fresh..

                  
                Minyak masak = bahan yang paling penting kalau tak ada minyak tak berasap la periuk anda nanti!!  kuantiti minyak dalam 1 senduk untuk 1 periuk sederhana.


                Bawang putih = kuantiti kurangkan daripada jumlah bawang merah, anggaran dalam 2 atau 3 ulas. bawang perlulah dikisar, ditumbuk atau dihiris nipis.


                Bawang kecil atau bawang besar = kuantiti bergantung kepada berapa banyak anda nak masak.selalunya untuk 4 orang makan dalam 4 hingga 5 biji. Kalau nak sedap lagi, anda lebihkan bawang merah tu. Perlu dikisar,ditumbuk atau dihiris tipis.


                Lada kering = Hendaklah dipotong dan direbus sehingga masak. kemudian barulah di  blender sampai halus.Masa anda nak blender tu letakkan la sedikit garam dan minyak supaya lada tersebut tahan lama.


                Cili padi atau lada hitam = Sesiapa yang suka pedas boleh la menambahkan  beberapa tangkai cili padi ke dalam masakan anda, tapi cili padi tu mestilah dikisar atau ditumbuk halus. Jangan pula anda hiris kecil..Tak sesuai untuk asam pedas. Lada hitam pula gunakan jenis serbuk ataupun lada hitam yang sudah ditumbuk.


                Halba = Berwarna seakan-akan warna kuning ada di jual di kedai runcit berharga Rm1 sepeket....Digunakan bagi menyedapkan lagi masakan.


                Garam = digunakan untuk menambah kesedapan asam pedas.bubuh secukup rasa.


                Serbuk kunyit = Kalau ikan anda dah diperap dengan serbuk kunyit untuk hilangkan bau hanyir, tak perlulah letak lagi serbuk kunyit dalam masakan anda tu. Kalau anda masak ayam atau daging baru anda letak secubit serbuk kunyit.

                Asam jawa atau asam keping = kalau anda suka guna asam jawa boleh juga. kuantiti dalam 2 cubit pun dah cukup rasanya, tapi bagi saya, saya lebih suka guna asam keping kerana lebih mudah, campak saja dalam masakan.


                Sayur Bendir dan tomato = Bendir tak perlu banyak sangat, 3 atau 4 biji sudah mencukupi tidak perlu dipotong atau dibelah, sekadar membuang tangkai sahaja. Manakala tomato sebiji sahaja di belah empat.


                Daun kesum = Digunakan sebagai perasa dan menambahkan bau pada asam pedas. kalau tak ada daun kesum asam pedas kurang menyelerakan.


                Cara-cara memasak

                Mula-mula panaskan dahulu minyak masak dalam periuk atau kuali sehingga panas.

                Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. kacau sehingga naik bau.

                Masukkan  pula lada kering yang telah dikisar. kuantiti dalam 2 senduk. kalau nak pekat tambahkan lagi lada.biarkan sehingga garing dengan nyalaan api kecil sahaja.untuk elakkan hangit bubuh air sedikit.jika anda mau lebih pedas masukkan cili padi atau lada hitam yang telah dikisar bersama-sama dengan lada kering tadi.

                Kemudian letak garam secukup rasa.

                Letak halba secubit sahaja untuk penambah rasa.

                Letak secubit sahaja serbuk kunyit.

                Masukkan asam jawa atau asam keping. jika anda guna asam keping pastikan anda hanya letakkan sedikit sahaja asam keping untuk elakkan asam pedas terlalu masam.

                Tambahkan sedikit air bersesuaian dengan kepekatan yang anda perlukan.

                Masukkan ikan yang telah diperap, ayam atau daging. biarkan sehingga masak.

                Masukkan 3 atau 4 biji bendir beserta tomato kedalam masakan.

                Akhir sekali masukkan daun kesum untuk penambah bau. biarkan selama 5 minit.
                 
                Selamat mencuba !! Kalau sedap jangan lupa pelawa saya ye.!!

                Sunday, April 1, 2012

                Nasi Beriani Md Shah, Batu Pahat.

                Dimana nasi beriyani paling best di Johor? Opps.. Nasi Beriani ke nasi baryani? Tak kisahlah bagaimanapun ejaannya, yang penting bunyinya sama.. Jom kita try Nasi beriyani  Md Shah @ Mohd Esa b Abd Rahman(nama sebenar) di  Peserai Batu Pahat.. Ia begitu popular dan dikenali bukan saja oleh peminat-peminat nasi beriani yang tinggal Batu Pahat sahaja, malah  dari daerah lain seperti Muar, Kluang,  pontian,  Johor Bahru malah dari Singapura. 

                Sebut saja beriani Md Shah semua orang tahu nasi berianinya memang ada aura, ada power, aromanya menjadi pembuka selera pengunjung-pengunjung yang datang  ke sini sejak dulu. Malah pada satu ketika dulu terutamanya pada waktu puncak makan tengah hari, restoran Beriani Md Shah dibanjiri pelanggan dari merata tempat sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan nasi beriani tersebut.  Begitulah suasananya pada suatu masa dahulu.. Pada masa tu saya masih bujang lagi, umur masih pertengahan 20an.


                Kini  12 tahun telah berlalu, Kebetulan saya dapat penumpang  ke Batu Pahat, sempat juga saya singgah di kedai Md Shah untuk lunch tengahari. Saya pun apa lagi 'order'lah nasi beriani  kambing...masih terasa betapa enak dan lazatnya nasi beriani Md Shah ni, masih seperti dulu juga..Masih ada umph!
                Kepada peminat nasi beriani , kedai Nasi Beriani Md Shah terletak di no 13-14,Komplek Niaga benteng Peserai atau dikenali sebagai Medan Selera Benteng Peserai , berhampiran sungai Peserai dan berhampiran dengan Jambatan bandar Batu Pahat jalan menghala ke Muar.

                Menu yang disediakan ialah nasi beriani ayam dan kambing disamping pelbagai jenis minuman juga turut disediakan. Harga bagi sepinggan nasi beriani kambing ialah RM 6.00 manakala nasi beriani ayam pula RM5.50. Waktu operasinya pula bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.

                Insyaallah jika di panjangkan umur saya akan kesini lagi suatu hari nanti. Kepada yang belum mencuba nasi beriani Md Shah ni... Pergi try la ye!!! Kena sekali pasti nak lagi...

                Ok setakat ini saja cerita saya setakat ini,semuga berjumpa lagi di lain masa dengan cerita-cerita yang lebih menarik untuk di kongsi bersama anda.. Semua kalian semua terus follow blog saya... Bye!!

                Wednesday, March 28, 2012

                Kampung Makam, Kota Tinggi.



                Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Ia terletak 2 km sahaja dari bandar Kota Tinggi. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini.



                Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".



                Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.



                Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.


                Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.



                Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.

                Tempat menarik disini:-
                • Makam Sultan Mahmud
                • Makam Kucing Bertanduk
                • Masjid Sultanah Rogaiyah
                • Tapak pembunuhan berlaku
                • Jeti Sungai Johor
                Ini sahaja pusat lawatan dan sejarah yang dapat saya ceritakan hari ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa insyaallah...

                LAIN_LAIN BLOG TERKINI

                LIKE DISINI

                LIKE DISINI

                Kepada warga Johor amat-amatlah di alu-alukan follow blog ini.

                BLOG TERBAIK

                BLOG PENGIKUT