Wednesday, February 15, 2012

ABC di Kampung Melayu, Majidee terbaik di Johor Bahru

                                                        
                                   


Dah pernah ke anda try ABC di Kampung Melayu Majidee. Kat sinilah ABC yang terbaik pernah saya cuba. Bukan nak promote, bukan saya dapat komisyen dari pemilik kedai ni.. Tetapi ia sememangnya kenyataan.


Dalam kesibukan saya memandu teksi di sekitar JB ni,sempat juga saya  meluangkan masa untuk singgah pekena ABC di Kampung Melayu Majidee ni..

Sebenarnya memang dah banyak kali dah saya singgah gerai AZ ICE CORNER ni.. Rasanya lebih sepuluh kali kot.. Tapi dulu , enam tahun yang lepas.. Semenjak tinggal di skudai baru ni aku singgah kembali ke gerai ni ..
Sampai je gerai ni terus aku order ABC. Tak sampai 5 minit ABC sampai.. Perghh !! tengok je pun saya dah tau.. Confirm memang sedap tak terkata..

Memang complete lah ABC di sini. Nak tau apa kelebihan ABC Kampung Melayu ni. Terdapat sesenduk aiskrim vanilla di puncak ABC tersebut..


Keduanya ABC tersebut di saluti dengan cairan coklat yang pekat melekat dan di taburi dengan banyak kacang.


Ketiganya terdapat berbagai-bagai bahan dalam ABC tersebut antaranya cincau, jelly yang berbentuk bulat, kacang merah dan paling saya suka sekali terdapat 2 butir buah kabung yang besar didalam ABC tersebut.


Jika anda teringin nak cuba, anda semua boleh lah pergi ke gerai medan selera yang terletak betul-betul dihadapan Pejabat Pos Kampung Melayu. Harga semangkuk ABC tersebut hanya RM2.50.  Sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar..

Selamat mencuba !!


Sila Klik Like dan Share kan di facebook anda !!













9 comments:

WE LOVE JOHOR BAHRU said...

amacam, meleleh tak air liur korang jengok blog aku ni?

Fiamine said...

: bestnya..lpas ni msti kne try ni b4 abis blajar :D

ijA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ahmad Haziq Azlan said...

memang sedap abc tu..

❖ FS ❖ said...

pejabat Pos Kampung Melayu Majidee ? Kat mana tak kenal --'

Hackers said...

kalau hackers balik Johor,pasti singgah ke sini..ABC dia memang mantap habis..

Pemandu Teksi JB said...

Boleh lah kita minum sama-sama hackers

Anonymous said...

memang yg terbaik dok....menu wajib kalau time panas terik...

Jikan Rajikan said...

Pm no h/p owner kdai ABC.. kawan Nk order. Boleh tak?

LAIN_LAIN BLOG TERKINI

LIKE DISINI

LIKE DISINI

Kepada warga Johor amat-amatlah di alu-alukan follow blog ini.

BLOG TERBAIK

BLOG PENGIKUT