Tuesday, February 28, 2012

Pengangkutan awam di Johor Bahru

Pengguna bas dan teksi di Johor Bahru akan menikmati kemudahan lebih selesa apabila sistem pengangkutan berkenaan ditambahbaik tahun hadapan.



Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata penambahbaikan ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk yang kerap menggunakan bas dan teksi ke pelbagai destinasi.



Katanya, ini termasuk menggantikan bas-bas lama dengan yang baru dan memastikan operasi pengangkutan awam lebih efisien, sama ada di laluan yang ramai atau kurang penggunanya.


"Penambahbaikan ini juga adalah langkah permulaan kepada pewujudan sistem pengangkutan multimodel yang akan dilaksanakan di Iskandar Malaysia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Pengangkutan Bandar Senai, di sini.


Abdul Ghani berkata, sistem ini kelak akan melibatkan pelbagai jenis pengangkutan sama ada Mass Rapid Transit (MRT) atau Light Rail Transit (LRT), serta pengangkutan awam sedia ada iaitu bas dan teksi.

Jelasnya, laluan yang sudah dikenalpasti akan dihubungkan melalui sistem berkenaan ialah dari Johor Bahru ke Pasir Gudang, Senai, Skudai, Nusajaya dan Singapura.



Beliau berkata, pelan lengkap mengenainya sedang dalam proses untuk disiapkan dan akan dibawa kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.



Stesen Bas Ekspres di Johor Bahru:-
-Terminal Larkin
-Taman Tun Aminah
-Taman Johor Jaya
-Taman Sri Putri
-Pusat Bandar Pasir Gudang

Stesen Keretapi
-KTM Johor Bahru
-KTM Kempas
-KTM Kulai.

Kemudahan Radio teksi untuk kawasan Johor Bahru
-Radio Teksi Intan Nirwana- 07-2343443

 Kemudahan Radio teksi untuk kawasan Skudai
-Radio Teksi UTM- 07-5537226

Jika anda setuju projek LRT disegerakan pembinaannya di Johor klik like di bawah.

No comments:

LAIN_LAIN BLOG TERKINI

LIKE DISINI

LIKE DISINI

Kepada warga Johor amat-amatlah di alu-alukan follow blog ini.

BLOG TERBAIK

BLOG PENGIKUT