Friday, March 23, 2012

Batu Pahat


Batu Pahat ialah salah satu daripada lapan buah daerah yang terdapat di negeri Johor.
Ia juga dikenali sebagai Bandar Penggaram satu ketika dahulu, jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 239 kilometer,manakala dari Johor Bahru adalah 89 kilometer.


Dari segi politik, sejarah yang terpahat di Batu Pahat ialah pada 21 Februari 1946 apabila Dato Onn Jaafar mengadakan mesyuarat ‘Pergerakan Daerah Batu Pahat’ untuk mengadakan perbincangan cara mendapatkan wang untuk menghantar wakil-wakil ke kongres Melayu bagi menentang penubuhan ‘Malayan Union’ yang dirancang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Satu lagi sejarah dicipta di Batu Pahat pada 2 Februari 1952 apabila ia menjadi tuan rumah persidangan Agung Setengah Tahun Perikatan Pemuda UMNO Malaya yang menetapkan tarikh kemerdekaan.Pengisytiharan rasmi menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram dibuat pada 1 Disember 1894.

Nama Batu Pahat dikatakan dikaitkan dengan peristiwa pada abad ke-15 apabila Tentera Siam memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Tentera Siam itu dikatakan dalam perjalanan hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. 

Nak tau apa ada disini? Kalau nak cari tempat beriadah atau “main air” di bandar ini cuma ada Wet World yang terletak di Jalan Bukit Pasir. Pantai memang ada tetapi tidak sesuai untuk bermandi manda hanya sesuai untuk mereka yang sedang bercinta seperti Hentian Mahkota di Parit Simen dan Pantai Tanjung Laboh.Keadaan Pantai disini agak berlumpur.


Bagi mereka yang kaki shopping, Kompleks membeli-belah yang agak besar hanya ada tiga sahaja  iaitu Carefour,Summit Parade, dan BP Mall.



Kat mana makan yang sedap? Kalau nak makan nasi briyani, biasanya orang akan ke Nasi Beriyani Mat Shah yang terletak bertentangan Hospital Pakar Putra, ataupun Briyani Power.

Bagi yang minat asam pedas pula, ada restoran Ali Asam Pedas di Jalan Syahbandar atau Asam Pedas Man Cathay yang terletak di Jalan Rahmat.


Manakala jika anda suka sup,anda boleh pergi ke sup “power” tapi dijual pada waktu malam sahaja di BP Walk di Jalan Rahmat. 


Kalau nak cari tempat untuk bersarapan pula, jika anda suka roti canai , di Tasik Y adalah yang terbaik, berhampiran Sekolah Tinggi Batu Pahat.

 Bagi golongan yang kaki rayau pada waktu malam bolehlah ke BP Walk di Jalan Rahmat. BP Walk mula dibuka 6 petang dan tutup jam 1 pagi pada hari biasa dan 3 pagi pada Jumaat dan Sabtu.

Golongan yang meminati barang-barang antik dan unik, bolehlah ke Pasar Karat yang terletak di jalan Fatimah, Di situ macam-macam ada.Selain itu, bukan sahaja baju tapi peti ais, mesin basuh dan pelbagai barangan elektrik terpakai turut dijual disini.Tetapi Pasar Karat hanya meriah pada waktu pagi. 


Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan tentang Daerah Batu Bahat sekadar pengetahuan saya. Semuga kita berjumpa dilain masa dengan cerita yang lebih menarik lagi. insyaallah..

6 comments:

Honey Yeo said...

haha...tiap-tiap minggu pasti pergi sana..batu pahat x mcm muar...xde cinema..shopping complex..huhu

Pemandu Teksi JB said...

Tiap-tiap minggu ehh...mesti rumah kat sana kan?... apa pun thanks follow blog saya yang tak secantik blog awak tu..hu hu

nasir hamzah said...

selalu pergi batu pahat, sebab akak kitakan kat sana.. heheehe

Pemandu Teksi JB said...

Betul-betul,rumah arwah atuk, tempat jatuh lagi dikenang..

esempoi said...

Batu Pahat memang best..

fatin nbla said...

Mcm mna cara nk ke airport senai dri batu pahat ye? Kalau naik bas??

LAIN_LAIN BLOG TERKINI

LIKE DISINI

LIKE DISINI

Kepada warga Johor amat-amatlah di alu-alukan follow blog ini.

BLOG TERBAIK

BLOG PENGIKUT